Hmm , Biasalah . Saya orang baru disini . Nama saya Muhammad Amirul . Panggil saja Amirul . Berumur 17 . Well , saya masih lagi belajar di sebuah sekolah yang bernama SMK Bandar Puchong Jaya (a). Haiih , SPM semakin hari semakin tiba . Saya yang kelam kabut "cover-up" semua subjek yang masuk SPM pada tahun ini . HAHA . Hmm , minggu ni cuti sekolah . Selalunya saya akan tidur lambat dan selalu "online" . Kadang-kala , saya bermain futsal dan "hang" bersama kawan-kawan. Cerita pasal kawan-kawan saya , saya sememangnya mempunyai ramai kawan-kawan yang pelbagai bangsa dan agama. Istilah yang dikatakan "multi-racial" dalam bahasa Inggeris sebagai apa yang saya mengatakan tentang berkawan berbilang bangsa dan agama . Jadi , berkawanlah dengan pelbagai bangsa dan agama. Bukan sahaja kita dapat mengenali dengan lebih dalam tentang adat resam,makanan dan norma kehidupan mereka.Malah, kita juga boleh memperjuangkan bangsa-bangsa negara kita iaitu Malaysia.
No comments:
Post a Comment